Friday, August 22, 2014

Doploh dua Ogos 2014 , #MalaysiaBerkabung

Hari Jumaat hari ni .. satu Malaysia tahu hari ni hari #MalaysiaBerkabung . Dalam Islam takde berkabung? takpe. Asalkan tak bercanggah dgn hukum syariat Islam. Ini lebih kepada penghormatan atas ketibaan pulang jenazah tragedi MH17 yang terhempas bulan Julai lepas.

Berkabung takde alasan untuk bercuti kerja .

Sampai je kedai , perkara pertama PUNCH CARD! then read meter then hari ni kena kerja lebih masa sikit sebab kedai dah comot. Start dengan mengemop ruang depan , cuci bank kecik , buang sampah.. Siap semua baru breakfast.. Tengok jam dah pukul 9.31am .


Ouhhh ! nasib ingat nak tengok siaran langsung Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 yang bersiaran dkt semua stesen media tv dan radio.. Liputan penuh untuk hari paling sedih buat Malaysia. Terus lincah bukak Tonton tv streaming . 


Sepanjang bersiaran tanpa iklan tu perasaan pilu , hiba , sedih dok terpa-terpa kat tangkai hati aku. Airmata tok sah cakap laa , laju je dia turun.. Sensitive bak hangg. Makin aku kesat makin banyak yang turun.. Ishh! Nasib takde orang nampak tau .

Waris Jenazah MH17 

Allahuakhbar kita yg takde pertalian tengok gambar ni je dah boleh buat airmata aku mengalir airmata , apatah lagi bagi yang ada pertalian dengan jenazah. Moga Allah memberikan ketabahan pada hati mereka untuk menerima dugaan ini dengan redha.

Sahabat handai arwah
Moga jenazah mangsa tragedi MH17 ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman . Moga dicucuri rahmat dan tenang di alam sana.







No comments:

Post a Comment