Sunday, August 24, 2014

Over confident !

Sehari tak jumpa dah rasa RINDU . Macam mana kalau lepas ni dah tak dapat nk jumpa lagi erk? Aku dengan dia masih ada 4 bulan je lagi sebelum dia ikut pindah rumah dengan Mama dia. Ohmaiii , sedihnya ! Nampak je depan dia aku buat relax , buat macam takde perasaan... Tapi ! dalam hati aku dah menangis-nangis nak kata TIDAK , JANGAN pergi dekat dia. Apakan daya , itu pilihan Mama dia. As a son , dia kenalah ikut apa Mama dia nak . Hmm , takpe lah sayang. I redha je .. mungkin ini dugaan utk kita lebih eratkan perhubungan kita . 

"Jauh dimata , dekat dihati...."

Lepas ni , kita akan jadi long distance relationship . 

Jumaat till saturday noon I berpisah kejap dengan you . You amik nenek U dekat Seremban pun I dah rasa rindu , ni kan lagi tak dapat jumpa U dalam masa yang lama.. What should I do syg? *crying*

Focus gila drive kereta ye! Hihi ^^
Semalam petang baru lah nampak batang hidung dia.. Cehh , konon nak surprises kan aku dgn cara sergah aku ingat aku terkejut ke? Dah lapuk lah sayang oiii.. Sebelum tu chat kata tengah ontheway lagi tetiba dah muncul depan mata. Haa , nampak tak nak menipu tu? Eee.. nakal betul !

Sejam lepak-lepak kat kedai , malam nya pergi ke teratak baru Kak Ana aku . Buat open house katanya. Dah janji nak pergi kan..kena lah datang. Haa , ada lah berlaku insiden yang memalukan dekat aku. Malu gila ! Serious muka aku bape inch punya tebal sebab OVER CONFIDENT .

Nak tau kenapa ? sebabnya.....

Aku SALAH masuk rumah orang !

Ya Allah.... Tuhan je yang tahu macam mana perasaan aku time tu. Dah lah aku bawak si Jad ni , pestime datang rumah baru akak aku lah kata kan.. punya confident tu main terjah masuk je rumah orang.. Patut lah aku rasa macam pelik semacam je suasana kat rumah tu.. Dia pun buat open house gak , tapi macam dah selesai majlis . Level confident : perfect ! sebab sampai masuk dalam rumah orang tu. Aku dah terasa macam salah rumah , patah balik dekat Jad then bisik kat dia ;

"I rasa salah rumah lah"

Pandang ke sebelah rumah . Oii! tu lah rumah akak aku. Adoiii , free free je aku kena gelak dengan Jad n Kak Ana aku.. Pengajaran woi pengajaran . Nasib baik sempat mintak maaf dekat tuan rumah sebelah tu . Adess , gila kentang punya malu . Sampai nak balik lalu depan rumah tu aku paksa Jad cover aku dgn badan dia . Segan sanat woii . 

Dalam kereta mmg sakan lah Jad nganjing aku tak sudah . Hishhh , apa punya bala lah semalam . Buat malu kompeni jelaa aku ni .


Buat pengajaran . Lepas ni usha-usha dulu sebelum terjah masuk rumah orang . HAHA.



No comments:

Post a Comment