Thursday, October 24, 2013

I'm sorry sayang

Kan sehari suntuk dia tak dtg meet aku kan ? so , mcm hari-hari yg lain Mr.R mmg tiap hari datang . Nak di pendekkan ceritanya , dia la dok teman aku . Macam aku ckp semalam dia dtg mesti bawak something utk aku tapi hari ni "tangan kosong" je . Bukan aku nk mengharap , tapi aku tengah memerhatikan sikap dia lately ni je .

Hujan pulak tadi kan..perut pun mmg lapar , lagi syiok kalau tengok movie ada makanan sekali. Aku saje je usha si R ni belanja "G Wrap" yg terbaru dekat mcD tu hujung2 aku yang dia mintak belanja. Memang tak laa . Senang je nk pujuk mamat ni belanja makan..bukan susah mana pun.. Aku bukannya nk mintak dia belanja sgt pun , saje nak menyakat . Last-last dia belanja aku jugak . Dapat makan Maggi goreng ayam tengah sejuk hujan ni mmg kebabom! tambah lagi masih panas...pehh dia punya nikmat eh mmg terasa. Aku makan maggi si R ni makan mee goreng ayam.Sampai dh habis makan licin bersih mulut aku ni sikit pun tak berucap terima kasih dekat dia. Teruk tak perangai aku ?? haha .


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Shift aku habis kena laa tunggu Jad aku dtg. Macam biasa laa lambat. Kan betul firasat aku kalau dia tak kerja hari ni . Takpe laa kan , kalau aku jadi dia pun mmg akan buat mcm tu jugak. Tengah sibuk aku belai si Bobo tido , dia tarik tangan aku suh bangun. Aku tanya nak kemana , dia kata pegy makan sebab Abg Mok kata aku lapar.

"Ehhh...bila masa aku cakap aku lapar nih???"

Memandai je si Mok tuh..kesian dekat dia , aku pun ikut jelaa dia makan.Teman makan.Time order makan je nak cari gaduh memaksa aku makan. Abg waiter tuh tanya makan apa pandai-pandai dia order nasi ayam kunyit utk aku..Aku cakap dekat abg tu satu je..tak nak mengalah suruh aku makan jugak , senang aku tarik muka tempat lain baru nk mengalah! Eee , aku dah cakap tak nak tu suka sangat nk memaksa kan , suka sangat cari gaduh.

Takkan laa aku nak cakap aku dah makan tadi .. confirm2 laa dia tanya makan apa , dekat mana , dengan siapa.. Mampus aku nak menjawab kalau dia tau si R belanja aku makan . Dia dah ler kuat cemburu , lagi-lagi kalau dapat tau ex aku yg belikan..mampuihh la nak.. So baik aku diam je , kang tak pasal-pasal perang api cemburu meletus! Nak menjaga hati dia lg , aku terima suapan dari dia..dh dia hulur takkan aku nak tolak.terima jelaa.. dalam hati aku ni , kalau lah dia tau citer sebenar.. Haihh. So , sorry sayang bukan saya sengaja buat camni..

Tengah makan td , dia ada tanya pendapat aku nk bg alasan apa dekat Supervisor dia sebab cuti hari ni. Cakap jelaa motor dia rosak , dh mmg betul rosakkan. Dia kata kalau rosak perlukan resit/bukti yg dia dh pergi repair motor tuh. Setakat resit apa ada hal sangat.. guna jelaa bil resit yg ada tuh tulis pakai tangan. Tapi , dia risau kalau office mintak number tempat dia repair motor tu. Alahai.. sudahnya , dia kata buat surat tentang "kematian" je cari senang.

Tak pasal-pasal aku terjebak dalam hal dia nk buat surat kematian tu.. Dah la guna nama aku sebagai kakak dia (memang aku ni mcm kakak dia kan) haha..lepas tu aku jugak yang kena tulis surat tu. Yelaa , dah dia suh aku jadi kakak dia mmg la aku yang kena tulis surat tuh kan? Heh. Lawak betul la laki aku ni. Surat kematian la paling aku takut nak menipu , dapat betul-betul ada yg meninggal tak niaya pulak . Ni kes nk selamat diri la nih. Nasib la kau boyfriend aku Jad Danial.


No comments:

Post a Comment