Saturday, October 26, 2013

Be strong dear , im here !

Siang tadi , sempat la meet dengan Momo Yen a.k.a Alien.Hmm , rindu kot dh berbulan tak meet dgn dia. Tak silap last meet dia masa keluar makan dgn mr.R sekali dulu..plan sepatutnya jumpa malam tadi , tp disebabkan dia rabun malam terpaksa cancel n meet hari ni. Dia yg datang jauh-jauh meet aku dia yg bawak makanan utk aku! Ada ke patut ? Sememangnya dia mcm ni , dia mmg kawan yg sangat baik.. sebab tu aku selesa kawan dia..


Cakkk ! Ehh..dengan siapa tuh ? Ouhh , dia la Alien saya Cetoit. Kami buddy takkan terpisah. Ye , ni pic lama sila abaikan .

Senang n kembang hati bila dia puji aku makin PUTIH . Pfttt..mana ada , I macam biasa jelaa you ~ hikhik. kembang semangkok bontot kita. ahaks . Well , itu anugerah Tuhan utk saya. Alhamdulilah. Thank you belikan makanan utk I :)

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 

Sebelum nak balik kerja td , Jad sempat meluahkan "something" aku ingatkan apa laa dia nak cakap. Tak sangka aku apa yg dia cakap tu betul-betul menusuk kalbu..ye menusuk ke jantung hati aku sampaikan aku boleh nak menitiskan airmata *dh menitis pun sebenarnya , tp aku pandang lain.. Suatu luahan yg tak mampu aku tanggung kalau terjadi dekat aku.

Ya Allah , maha hebat dugaanmu utk dia. Aku tak mampu nk berkata sebab tak nak dia kecik hati , cukup la aku pesan dekat dia banyakkan sabar dan berdoa lepas solat. Susah nak nampak seorang anak sanggup titiskan airmata dia sebab kenangkan org tua dia kan ? tambah lg anak tu seorang LELAKI. Tu yang jadi pada Mohammad Jad Danial Ismail. Dari merah mata n linangan airmata dia jelas nampak kasih dia dekat ayah dia.. aku yg dengar ni pun terpaku setaraf ke kasih aku dekat mak dengan ayah aku berbanding dia?

Masih ramai ke anak-anak sekarang fikir pasal mak dengan ayah diorang? 

Depan mata aku sendiri buktinya. Walaupun kadang-kadang bertegang urat n fight sama2 tapi Jad mengaku dia sayang ayah dia.. Sampai sanggup dia nak ganti tempat ayah dia kalau boleh. Allahurabbi . Mulut aku berat nak bercakap tadi! Aku tak sangka dia nak cakap macam tu , alasan dia dia tak nak mama dia sedih kalau benda tu betul jadi..biar lah dia yang tanggung semua tu bukan ayah dia.

Cukup la aku tenangkan dia n gosok belakang badan dia..aku mmg tak kuat nk ckp sepatah pun , yg mampu aku buat cuma dengar luahan dia. Masalah dtg bertimpa-timpa dekat dia lately ni.. mmg luaran dia nampak happy tp sebalik tuh hanya tuhan dgn dia je tahu. Kesian oii. Kali pertama aku nmpk boifren aku nangis. Tolong jgn judge dia lemah! Dia tabah org nya , pernah korang nangis utk mak bapak korang ? kenang balik jasa mak bapak korang besarkan korang? Cuba duduk n kenang balik.. tengok korang sekarang ni tu laa hasil jasa mak bapak kau bg dekat kau.

 Tempoh jangka masa setahun bukan masa yg lama. Tiap detik saat yg berjalan tambah debar di dada. Semoga doa tak henti dr hambaNya akan mampu ubah takdir. Amin ya allah.

Buat kali kedua aku nak menangis bila Jad bersuara , kalau boleh dia nak ayah dia tengok aku dgn dia bersama nanti. Satu harapan yg besar kau bg dekat aku Jad. Aku tak mampu nk berjanji , esok lusa masa depan bukan dekat tangan aku..seminit lg pun aku tak tau apa akan jd. Cuma Allah je mampu tentukan segalanya..kita sebagai khalifah dia hanya mampu berdoa je. Insyallah.

No comments:

Post a Comment