Monday, October 27, 2014

R&F , Kenny Rogers Roaster

Hai. Assalamualaikum.
Hee.. okay sorry-sorry. Kakak tau kakak dh salah. Dah janji tak nak tunaikan. Bukan apa , kakak busy sikit lah.. lepas tu kan , kakak dah ada penyakit baru. Penyakit pelupa. Heheh! Dah ingat nak update tapi asyik terbatas je masa tu. Tapi , kali ni kakak bagi extra..advance apa yg kakak dah janjikan dulu.

Semalam. Ahad.
Semua orang tengah cuti sempena sambut Awal Muharam. Tak pun , Maal Hijrah la kan. Auntie Aishah , mama abe Jad kakak ada ajak akak jenjalan dari hari Rabu yg lepas. Time tu Deepavali tak silap tapi kakak tak apply cuti sebab kakak dah banyak cuti bulan ni. So , semalam dari tak nak kecewakan mama abe Jad so kakak bekerja lah half day. Kakak upah budak utk partime ganti kakak kerja. Dan dan nk gerak tengahari sudahnya gerak ptg jugak bila mama Aishah bagitaw abe Jad kakak tu liat bebenaw nk bangun tido nya. Haish! spoil betul dia.

Around 2pm tu we all pun gerak lah ke destinasi yang nak dituju. Mana lagi kan , lepak santai R&F Tanjung Puteri Stulang Laut ahh. Auntie kita teringin sangat nak tengok tempat dia.. so kitorang bawak ler.. Kali ni kali ketiga kakak dgn abe Jad pegy tau. Hikhik! nak kalis-kalis tak dapat pun. Terbongkar gak rahsianya

Dah , kakak malas nk taip panjang2 sgt sebab condition jari kakak menaip ni tak berapa best. Ada Jad yg tido tak ingat dunia sebelah keyboard kakak ni tu yg susah dan payah utk kakak menaip. Heh! okay belanja sedas dua gambar jelaa ye. 




Okay. Dua tu gambar second time pergi. Tak leh belanja lelebih. Gambar bawah tu kerek tak muka kakak? Well. Kakak mmg kerek. Kehkehkeh!









Okay dah puas jalan , makan. Balik ~ bye !








Tuesday, October 14, 2014

Annabelle | Benieplax | R&F Tg. Puteri

Rasa macam dah lama tak keluar tengok movie. Padahal.. Tiap-tiap bulan keluar tengok movie! Choi.. Mana tak , bulan lepas aku straight kerja takde cuti. Ehh.. yeke? Yelaa.. mmg takde cuti.. Tapi gaji kena tolak jugak RM70 sebab aku buat hal datang lambat. Lanjio betul boss aku tuh. Nasib laa aku ni nak kerja lagi kat tempat dia.. Kalau tak jangan harap laa aku nak hadap kerenah dia lagi.

Okay. Stop cita pasal boss dan kerja. Isnin , hari orang bekerja aku cuti. Orang cuti aku kerja. Haa , seronok. Sebab apa? sebab rasa syiok bila pergi mana-mana takde crowded dgn ramai orang. Ye dak? Start journey. Cehh, journey. Okay start perjalanan semalam aku lepak kat kedai tunggu Jad bangun tido n siap-siap ala princess. Zzzz.. mengalahkan aku tau yg perempuan ni. Kat kedai menyempat lagi aku mengemop lantai tau! Nama je cuti , tapi kerja bersih² aku yg kena buat..yelaa , budak partime aku tu kan lelaki mana lah dia tau nak buat semua kerja tu. Dah siap mop aku bersantai online fb kejap. Jad tak dtg lagi. Lembab nye mamat ni. Dia dtg je , terus pergi breakfast. After breakfast , lepak kedai lagi. Sementara nk tunggu perut selesa dulu. Masing-masing perut tengah memulas. Hampeh!

11 lebih baru gerak.. ingat nak singgah TM kejap bayar bil utiliti . Sekali tengok ada kereta bapak aku park kat situ..tak jadi nak bayar. Terpaksa tukar arah ke Petron Station bayar kat sana. Dah alang-alang sampai sini , jumpa la bestie aku Yan.. nasib lah dia kerja pagi.. Dapat la jumpa. Borak2 dah settle bayar bil bermula lah perjalanan aku menemui anak patung Annabelle menaiki JNK merah beroda dua.. Kehkehkeh. Showtime paling awal 12.30 masuk kitorang gerak tepat pukul 12 , kau tau Jad punya pecut dari Pg ke Tebrau yang dlm 30km tu dalam masa 20min je! bape per/km dia pecut aku pun tatau.. Haha.. Gila ini semua.

Ngam-ngam sampai depan kaunter tiket 12.30pm. Aku cakap nak tengok citer Annabelle.. Berlaku perbualan pendek antara aku ngan orang kaunter tu ;

Aku : Annabelle.
OK : Annabelle 1.15 tghari
Aku : Tu Benieplax ada (tak tau Benieplax tu apa)
OK : Ada , tapi mahal sikit lahh (muka kerek kot aku kata mahal kot)
Aku : Takpe lah . 2 seat.
OK : Annabelle , 12.30 , Benieplax. RM46


What?!! 46 hengget 2 ticket? gila mahal.. Takpe lah , nak sangat kan. Konon berlagak ada duit sangat tadi kan . Kita tengok room dia mcm mana. Heh.


Seriously?! Okay , mmg tak rugi bayar mahal sebab dia twin seat/couple seat. Berdua ngan Jad je kan. Seat dia mmg comfy sebab ada bean bag. Serious rasa boleh tidur dekat situ sekali.. Kalau lah aku tau dah lama aku masuk Benieplax ni. Kehkehkeh. Tengok movie hari isnin , so dalam room ni mmg tak ramai pun. Aku berdua , lepas tu ada satu lagi couple. Haha. 4 orang je? mmg sungguh selesa . Sayang dia rasa mcm kejap sangat , yelaa. Citer Annabelle tu sejam sengah je.. tak puas pulak rasa. Cehh!

Dah puas tengok movie , kita round kat mall..cari barang sikit utk present Yan n ex Syuk.. Baik tak aku? kalau boleh dengan semua orang aku nak bagi present. Wakaka. Dah dapat apa yg nak dibeli.. go thru the isi perut makang-makang .. sempat lalu R&F tengok mana main entrance dia, Jakun , tak pernah pergi (>.<) dah tau mana baru isi perut dulu.

Pehhh... sedih je bila tengah syiok isi perut angin kencang lalu menandakan hari nak hujan. Tengok cuaca jgn ckp laa , macam hujan lebat je. Hmm , lepas makan lincah ke sana kot sempat sebelum hujan turun.. baru jalan nk panaskan badan hujan dah turun dengan lebatnya.. Ohh, sungguh sadis!

Lama jugak nak tunggu hujan reda.. Sejam lebih ada lah. Duduk berteduh bawah khemah pun habis kena tempias air laut selat Tebrau nun. Memang dekat.. Dah terperangkap. Tagak jelaa.Dah reda baru turun ke tempat reakreasi. Oh man , gambar semua dekat Hp Jad belum sempat nak Bluetooth. Later I will update it okay? Now , kakak belanja adik-adik tengok gambar contoh je.. Ngeh ngeh



Disebabkan hujan yang lebat tuh tak dapat lah kamek nk bersantai dekat situ.. Sebab segalanya basah.. Sedih.. takde rezeki kamek nk selfie mcm ore lain..

Kakak belanja satu gambar yang ala-ala gedik malu kucen okay? satu je. Heh.


Okay gedik? kakak tau. Kakak gemok pendek. Ngeh ngeh.. Tenkiu abe Jad snap pic ni.. I love it. Esok kakak update gambar gedik kami berdua. Maybe. Kakak gerak dulu ye. Bye ~





Thursday, October 9, 2014

Aidiladha 2014

Hai.
Baru nak munculkan diri kan? Dah berapa lama hilangkan diri? haha.
Well. Sekarang nak update bila ada function tertentu je.
Tahap kemalasan dan sampai level maksima.. Lagipun , aku fikir takde untung apa aku update blog sekarang ni. Maybe lah kan..maybe.
Yelaaa..penat aku dok menaip berjela siapa je nak baca? orang lain bajet nk full time membaca aku merapu dalam ni. Ahh , sudah lah. Kalau ada pun maybe stalker aku je kot. Kehkehkeh. Tapi , siapa?
Lantak laa. Sekarang aku malas nk buang masa lama-lama. Let's start babbling :D

Okay , Raya Aidiladha 2014 hari tu jatuh 5hb Okt,hari Ahad. Aku apply cuti mmg sehari jelaa , nak cuti lama kang aku sendiri yang sakit.. Al-maklum lah , gaji kena tolak. Sedih bhaiii (T_T). Parents aku plan awal nak balik hari Ahad nya 6 sekeluarga dgn satu kereta! Ohmaigod. No,cannot! I don't want okay. Ada ke nak naik 6 orang satu kereta Honda Accord 20cc tu? mmg lah muat-muat. Tapi tak selesa okay. Abang aku ni pun satu hal. Kereta rosak lah apa lah.. Tetime camni lah kan.. Saje je tau.

So?
Aku terpaksa lah cari jalan lain utk separate diri akud ari naik satu kereta tu balik kampung. Caranya? cari sorang driver n sewa satu kereta. Siapa mangsa? Jeng..jeng..jeng..! Mangsa pertamanya , Fairus (beduk). Konon nak pinjam lesen dia je. Tak kesampaian pun bila plan dah macam2 plan keluar. Mangsa seterusnya , "last minute" ni Yan pulak kena jadi driver n pengguna lesen. Almaklum lah , aku dgn Jad belum ada lesen. Haihh , leceh betul lah kan! Nak sewa kereta time-time PUBLIC HOLIDAY kannnn.. Haa , tanggung la nasib kau bila kereta semua dah kena book! huwaaaa... rasa nak banjir taman mawar kalau aku menangis sebab takde kereta nak balik kampung! Huff..huff..huff. Sabar lah wahai hati.

Finally , hari sabtu petangnya baru dapat sewa kereta. Tu pun dgn bantuan Jad dgn Yan. Alhamdulilah.. Shhh.. Tunggu dulu.. Ingat dah habis kat situ je? Dah confirm nak amik kereta ni , boleh pulak fikir plan tu fikir plan ni lagi. Gosh! kusut dah aku ni. Lastly , aku biar je Yan dgn Jad yg conclude.. Kau tau apa jadi? Jad kata kereta dah ada orang book!!! Damn. Aku terkena lagi bila dia cakap , Mama dia sudi nak hantarkan aku balik kampung. Horeyyyy!! future mama kita nk ikut balik kampung laa. So , settle kes aku.

Parents dengan adik aku dah pun selamat gerak sabtu tu.

Aku? tinggal keseorangan. Wuu , tak payah sedih sangat laa! Future mama dah baik hati ajak tido kat rumah dia gituu. Kelasss kau jah. Okay , balik rumah kemas rumah packing barang then gerak. Grr , geram betul bila nak gerak ada je benda yg kena tunda-tunda. Terpaksa aku tunggu abang aku balik rumah dulu. Nak amik baju melayu kat bilik ayah aku pulak. While , mak aku pun sempat pesan barang sekali bg dkt abg aku. Abg aku balik malam sabtu? Cehh. Kalau aku tau jadi macam ni , tak payah aku susah-susah pening kepala cari jalan nk balik kampung. Hampeh punya abg! kata kereta rosak. Sabar jelaaa..

Dah settle semua kan? Okay , mari kita gerak ke teratak Mama Aishah dkt kota masai. Rajin mama Jad masak rendang , nasi impit semua. Nyum,nyum. Sedapnya rendang dia! Time to sleep. Kita tido ngan future mama kita. Jangan jealous Jad Danial. Kehkehkeh.

Pagi , dah siap-siap. Pergi kubur arwah ayah Jad then pegy masjid tengok sembelih lembu..makan lagi then melepek kat ruang tamu.. tido sampai Zuhur , solat..siap-siap lagi here we go! Heading to Muar. Alhamdulilah. Sampai jugak aku kat Kampung dgn Jad n mama dia. Also alhamdulilah sbb dpt kenalkan mama Jad dkt family aku , dgn atuk n nenek. Alhamdulilah. Rasa terharu sangat sebab dpt penerimaan yg baik dr semua org. Syukur sangat. Insyallah ada jodoh aku dengan Jad. Amin Ya Rabbal Al-amin.




Sunday, September 7, 2014

Mood Swing

"You would make me fall in love 
Deep in love
Far away...
You would make me fall in love
Deep in love 
Far away...."

"There's nothing in this world 
that can take me from my girl 
Let her heart screaming.. Ooo..Oooo ~ "

Tom Boxer ft Morena - Deep in love

Dah.. tak boleh layan feel lebih-lebih pepagi ni. Intro sikit je , mana ada benda free je. Haha xD kedekuts nya ! Nyum..nyum.. dah lama tak dengar lagu2 rancak pepagi ni. Oleh kerana mata dah berat semacam je ni terpaksa lah kita high up sikit bagi cergas . Mau sakit satu badan aku tak cukup tido! mana tak , tido 3 jam lebih je.. Tolong mak aku wrapping hadiah 10 bag .. hadiah jenis ada kotak takpe gak . Ni je togel habis , dapat yg bentuk mcm jilaka bonjol sana bonjol sini? haa.. amik kau! balut lah kau sampai lobam..lipat sana lipat sini , renyuk sana renyuk sini. Dah tu buat kerja sambil tot tet tot tet ngan handphone. Sampai bila nak siap?

Hehehe.

Layankan jelaa cik abang kita yang sorang tu ye. Dah 2 hari tak message kang tak layan merajuk pulak. Sampai pukul 1 pagi baru siap wrapping n masuk dlm goodie bag. Ehh , ingat terus nak tidur , takde makna nya. Dekat pukul 3 tak reti nak tidur! Lelap dia tanpa sedar bila aku hempap bear atas mata aku dan....

.
.
.
.
.
.
.
.

Tersedar bila kipas angin berhenti. *bila dah berhenti harap maklum la , sudah masuk waktu Subuh.
Oh gosh. Berapa minit aku tidur ni???! Grr. Terpaksa la gagahkan diri untuk bangun dan mandi dan solat dan tidur semula. Ouhh , hanya mimpi. Kerja sedang menanti kau di luar wahai cik kak. Please....bagi lah aku rehat kejap. HAHAHA! Nasib badan lah. Kerja tetap kerja , rehat ada waktu rehat.

And till now , I never sleep back. Penat! penat! penat! bagi mengelak rasa mengantuk di tempat kerja jom lah kita buat exercise . Cara-cara exercise aku buat ;

- Bukak youtube or player music or soundclouds or etc laa.. search lagu yg fav , turn to high volume . Make sure pakai headphone untuk kepuasan anda. *Don't try this at yourself (-,-")

- Scroll media social like Fb , Twitter , Insta , Keek , Wechat , Whatsapp n other bullshit thing . Read the comment below the post . It will make u laughing alone . HAHAHAHA .

- Hmm. Watching movie sounds good right ? watch the story ! please dun ever sleep !

- anything else ? dunno yet . I will think about it later.

Dan ! time scrool *scroll punya scroll tu terjumpa la satu gambar dalam album satu page jual clothing and etc . Guess what I found ? This one ;

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Taraaaaaa !!


My god ! Baju kurung dengan khas nama "AZIRA"

Wehh.. bangga kejap boleh? Ajet nama aku sorang je Azira ? ntah berapa ribu , juta nama budak nama Azira yang kau nak jakun sangat ni ? Ehh.. biarlah aku nak jakun ke apa , suka hati aku lah. Hahaha. Finally , ada jugak barang yg guna nama Azira ni. Well , rasa happy pulak mcm barang tu "khas" , "special" utk orang yg bernama AZIRA. Hehehe .

Ahhh.. sudah ! jangan nak jakun sangat . Banyak lagi aku nak buat ni . Aku dah makin ngantuk je ni . Nak melayan movie kejap . Challo bette ~ Bye .




Monday, September 1, 2014

Baju idaman wedding reception ?

Punya lah teruja sebab sometimes aku jadi kepentingan untuk semua orang. Yelaa , rasa diri ni menjadi keutamaan untuk buat rujukan . Mana tak nya 

i.Kalau kat rumah ; mak aku selalu tanya baju and tudung apa yang sesuai nak dipakai for mix and match
ii.Kat tempat kerja ; jiran kedai sebelah aku kakak member aku pun almost hour and day akan tunjuk certain baju wedding , kasut wedding ,pelamin and etc.. color apa yang sesuai dan cantik. Aku pun melayan find and search untuk dia. Yelaa , aku pulak mmg suka cari bab kawin-kawin ni.
iii. Mama Jad ; bab mama dia ni , aku low sikit. Yelaa , takut dia tak berkenan dgn taste aku. Tapi , tiap kali jumpa bag.. tiap kali tu dia heret aku tanya okay ke tak.. Aku , pun first thing akan tanya bag tu selesa ke tidak utk dia gunakan. Soalan penyelamat sebenarnya. Hihihi
iv. Tempat orang mengadu masalah ; percaya atau tak , aku tahu setiap masalah semua kawan-kawan aku. Tak percaya pegy lah tanya dorang n dorang.. Masalah aku? hmm. Akan difikirkan jawapannya. Haha

Kadang aku terfikir ? bernas sangat ke idea dan komen dari aku ni .. boleh diguna pakai ke? sebab aku rasa aku ni low profile.. aku dress up pun asal boleh je.. selekeh , tak kemas.. macam mana orang boleh mintak pendapat aku? Macam kelakar pulak rasanya. Tetiba rasa bangga.. *chuckle* kehkehkeh.

Actually , bukan tu jadi teraju utama utk tajuk entry aku... tapi nak kepoh pasal baju idaman aku..untuk wedding reception nanti.

Wedding Reception. Bilakah?

Ouh.. masa dan tarikh tu rahsia Allah , sekarang ni kita berangan puas-puas dulu. Kahkahkah. Nak kahwin , kau ingat kahwin tu suka-suka? Tanggungjawab besaw woii. Setahun dua tiga tahun happy la kau , nanti dah lama-lama baru tahu asam garam kahwin tu macam mana kan.

Haihh , susah betul kalau ada lencongan ni. Aku nak cerita pasal benda lain ada je jari aku ni lincah menaip benda lain . Nak tunjuk baju idaman aku masa reception nanti , kalau boleh lah nak macam ni ;




Dress dia cantik woah..ada taburan bunga-bunga besar dan timbul kat dress dia tu. Agak-agak lah kan kalau aku yang kemetot dan gemok ni pakai dress macam ni kena ke or kena gelak? hahaha.

Ni kes searching baju wedding utk Kak Ekin lah ni dah aku terjumpa baju secantik ni.. Hmm , bab color tu aku tak kisah sangat tapi design macam ni buat aku teruja nak kahwin cepat. Hahaha. Sudah-sudah lah berangan Azirah oii.. tak kira! wedding nanti aku nak buat baju camni.. sape nak jadi tukang jahit baju aku ni? nak upah murah-murah tak nak mahal tau.. barang aku carik sendiri :p kekeke.




Merdeka 57 story

Masih belum terlambat nak wish Happy Birthday dekat Malaysia . Happy National Day Malaysia !

Saya... Anak MALAYSIA ~
Saya... Anak MALAYSIA ~
I LOVE YOU , MALAYSIA .



Tahun pertama sambut Merdeka pegy jalan-jalan.. Dulukala dok kerja , kerja n kerja.. Yelaa , gaji double kata kaw public holiday. Tapi , tahun ni aku keluar jenjalan. Pegy teman future Mama in law bershopping . Capekk deh ! gatal sangat nak pakai Wedges 13cm , hambik habuan dia. Lenguh woii jalan sana jalan sini..Tak memasal aku jadi Counselor shopping tak bertauliah . Kekeke . Takpe lah , untuk mama Jad kan.. Dah disuruh , buat jelaa.

Nak pegy JPO yang jauh nun dekat hutan sana. Aku ni dah tak ingat jalan , guna GPS sampai 3 pun sesat-sesat bagai.. Adoi , membazir masa. Dah la rushing kejar masa.. petang dah nak hantar Jad g bus stand Larkin.. rasa mcm dh tak seronok.. Penat tau terkejar-kejar ni.. Tak happening jadinya.

Pulak hujan lebat.. Duduk dalam suhu aircond yang melampau , aku yang tak tidur gara-gara overnight malamnya rasa kuyu je mata. Kesian betul hidup..duk rumah sensorang madah kena kacau je , bagi la chance aku nak tido. Nak kacau aku lain hari lah.. kekeke . Mesti pelik kan? aku dok sorang , siapa yang kacau? Haa.. makhluk yg tak dapat dikesan dlm rumah tu lah kacau aku!

Okay back pada cerita shopping , pegy JPO berempat. Mama Aishah , Jad aku dengan Kak Mas . Kak Mas kawan baik Mama Aishah. Aku ni dikirakan orang tengah yang penting antara 3 orang tu. Yelaa , aku ni girlfriend Jad yang kena layan dia , layan Mama dia n layan Kak Mas sekali. Nak jadi ceritanya , aku kenal Kak Mas dulu baru kenal Mama dia. So lincah berborak dengan Kak Mas je.. Bab shopping aku sepenuhnya dengan Mama Jad. Jad? alaa.. bila-bila boleh layan dia. Hahaha

From aku pun observation seharian ikut Mama Jad shopping boleh dikatakan Mama Jad mementingkan brand. Wow! kalau aku tau. Aku ni kalau ada duit boleh je beli itu ini , memandangkan gaji aku yang tak seberapa dan terpaksa spent ke banyak benda mmg terpaksa lupakan jelaa nak bershopping sakan tu.

Almost 1k Mama Jad shopping kat JPO semalam. Untung nya Jad mama dia belanja (T___T) kenapa lah gaji aku lambat sangat !!! Ahh , rugi betul rasanya. On sale gila-gila kot. Takpe lah , takde rezeki aku.. Aku kan counselor part time mama Jad. Haa , masa nih lah aku dok keluar fakta-fakta bernas aku tentang cara pemilihan beli bag. Padahal aku takde lah terror mana.. Yelaa , taste aku asal boleh je . Asalkan bag aku guna tu selesa dipakai. Jad ni kepochi.. ada dia kata aku pandai bab-bab pilih bag. Tu yang mama dia heret aku dekat semua butik suruh pilihkan bag! Ada satu bag Coach tu harga dia after less 1060MYR , mama dia berkenan sampai dok fikir nak beli ke tak. Ya Allah , sayangnya duit aku (>.<") tak beli pun takpe lah.. Lastly , bag dekat butik Fossil jadi pilahan.. tu pun harga cecah 400MYR after less. Beli 2 barang dapat lagi discount 20% , tahu mama dia amik lagi satu barang apa?

DKNY ceramic watches dengan harga after less about 600MYR.Ohh..my gosh! Pada orang yg berduit setakat 600 tu macam habuk je.. pada aku yang tak mampu ni , baik lah aku simpan duit tu. Yelaa , setakat tengok nombor je kot.. Takpe lah , future mama aku banyak duit. Dia nak bergaya , aku lagi suka. Hehehe.

FOSSIL bag. Pleasing semata-mata!

Menyempat kau berselfie.. guna bag hak mutlak butik pulak tu. Tengok harga dia , kus semangat! hanya mampu pleasing jelaa. HAHA. Idea gila si Jad la ni , ada ke patut bag aku dia sangkut kat display yang bag display dia suh aku pegang. Yelaa , aku minat bag tu.. hujung-hujung pleasing jelaa mampu. Kekeke.

Okay , masa pun dah suntuk.. aku tahu mama Jad tak puas shopping..disebabkan kena hantar Jad kat terminal so gerak balik. Singgah makan , isi perut yang sekian lama tak terisi ni sekejap then baru pegy terminal bas Larkin. Step sibling dia pun dh tunggu sana. 

5.30pm time to let him go. Good bye sayang , have a safe journey. I will miss you for awhile .

Pulang lah kita ke Pasir Gudang. Kak Mas ni pandai tau , hari ni dia bg chance aku layan mama Jad kaw-kaw. Buat hal dia sendiri je..terpaksa la aku duduk seat depan. Huh.. nasib laa.Dalam kereta tu cuma dengar suara aku dengan mama Jad je rancak berborak. Kak Mas? jadi patung cendana jelaa. 

I will sayang. InsyAllah.

Setengah jam perjalanan..sampai lah aku dekat depan rumah tepat pukul 6 ptg. Sempat jumpakan Mama Jad dengan Mak aku. Malu-malu miaw mak aku tutup mulut , hilang sebatang gigi lah katanya . Kekeke.

Okay , siap-siap mandi .. solat.. Bummm! tido lah sekejap sebelum Maghrib menjelma..mimpikan yang indah-indah saja ~ haha.

Okay bye.









Sunday, August 24, 2014

JNK dirumah ku ~

Nak dekat tengahari tadi , mak aku call . Nasib baik aku letak phone sebelah keyboard .. sebab selalunya , handphone aku terkurung dalam bag je. Dapat phone BISU .. takde bunyi langsung.. orang call pun dok gelek-gelek je. Nasib baik jugak bila buat call boleh dengar! kalau tak mmg dah kena kafan dah.. Pakkal je handphone Androids.

Wehh. Bukan nak cerita pasal handphone laa . Cerita penting kot aku nak cerita ni.. Dah , lupakan je pasal handphone aku yg sakai dan bisu tu.

Okay . Mak aku call td kan? Dia bagitau , warden kem PLKN adik aku call suruh datang amik adik aku bawak balik. What?? baru seminggu dah kena balik! Rupa-rupanya dia punya sakit asthma dah datang menyerang. Alahai , nasib kau lah dik dikecualikan. Cerita nak jadi gempak dia tu , mak aku mintak tolong aku suruh Jad drive pegy amik adik aku ! Omaigod .

Aku pun apa lagi lincah call si gemok. Fuhh , laju pulak dia angkat.. aku ingatkan ngah tido lagi. Aku terus bagitau request mak aku kat dia.. Dan dan 10min dia dah sampai kedai. Kahkahkah. Nampak eh muka cuak dia.. Nasib kau lah sayang , terima jelaa dugaan kau hari ni. Ikutkan hati memang aku nak ikut sangat2 apakan daya takde sape yang boleh cover aku. Ouhh , sedihnya .

Teman dia balik rumah parking motor kat rumah je. JNK kat rumah JFB kat tangan.. Drive carefully sayang.. Before tuh amik kereta Kak Ana aku , almaklum lah.. JFB dah season jalan jauh kan pakai kereta yang solid sikit. so , JPK dah berada dalam genggaman Jad Danial . Untung lah bawak kereta baru ~ wuwuwu.. Hehehe.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Pukul 5 lebih number mak aku call . Punya la dia bangga nk berteka-teki dgn aku , teka aku dorang dekat mana . Wehh , bajet aku ni dalam kereta tu jugak ke? eee.. saje nak jealouskan aku . Ontheway ke teratak nenda dan atok kat Kampun. What?!! Mak culik hubby aku sampai bawak ke Parit Pelampung! Parah wehh parah .. mati la nak menjawab dgn atok nenek aku pulak . Sabar ye wahai sayangku. 

Kehkehkeh. Padan muka dia , semalam galak gelakkan aku salah rumah. Arini terima lah nasib kau kena drive sampai ke Kampung aku pergi dia. Wakakaka. Puas hati aku!

Pehhh , bila aku call kemain lagi bangga eh sebab aku tak dapat join . Takpe , tak kisah pun . Aku dah selalu lah balik kampung aku tu.. Tak jealous pun. Siap nanti kalau kau balik. Aku korek cerita kau kaw-kaw punya!

Tak sabarnya ! Tak sabarnya ! Tak sabarnya !

Over confident !

Sehari tak jumpa dah rasa RINDU . Macam mana kalau lepas ni dah tak dapat nk jumpa lagi erk? Aku dengan dia masih ada 4 bulan je lagi sebelum dia ikut pindah rumah dengan Mama dia. Ohmaiii , sedihnya ! Nampak je depan dia aku buat relax , buat macam takde perasaan... Tapi ! dalam hati aku dah menangis-nangis nak kata TIDAK , JANGAN pergi dekat dia. Apakan daya , itu pilihan Mama dia. As a son , dia kenalah ikut apa Mama dia nak . Hmm , takpe lah sayang. I redha je .. mungkin ini dugaan utk kita lebih eratkan perhubungan kita . 

"Jauh dimata , dekat dihati...."

Lepas ni , kita akan jadi long distance relationship . 

Jumaat till saturday noon I berpisah kejap dengan you . You amik nenek U dekat Seremban pun I dah rasa rindu , ni kan lagi tak dapat jumpa U dalam masa yang lama.. What should I do syg? *crying*

Focus gila drive kereta ye! Hihi ^^
Semalam petang baru lah nampak batang hidung dia.. Cehh , konon nak surprises kan aku dgn cara sergah aku ingat aku terkejut ke? Dah lapuk lah sayang oiii.. Sebelum tu chat kata tengah ontheway lagi tetiba dah muncul depan mata. Haa , nampak tak nak menipu tu? Eee.. nakal betul !

Sejam lepak-lepak kat kedai , malam nya pergi ke teratak baru Kak Ana aku . Buat open house katanya. Dah janji nak pergi kan..kena lah datang. Haa , ada lah berlaku insiden yang memalukan dekat aku. Malu gila ! Serious muka aku bape inch punya tebal sebab OVER CONFIDENT .

Nak tau kenapa ? sebabnya.....

Aku SALAH masuk rumah orang !

Ya Allah.... Tuhan je yang tahu macam mana perasaan aku time tu. Dah lah aku bawak si Jad ni , pestime datang rumah baru akak aku lah kata kan.. punya confident tu main terjah masuk je rumah orang.. Patut lah aku rasa macam pelik semacam je suasana kat rumah tu.. Dia pun buat open house gak , tapi macam dah selesai majlis . Level confident : perfect ! sebab sampai masuk dalam rumah orang tu. Aku dah terasa macam salah rumah , patah balik dekat Jad then bisik kat dia ;

"I rasa salah rumah lah"

Pandang ke sebelah rumah . Oii! tu lah rumah akak aku. Adoiii , free free je aku kena gelak dengan Jad n Kak Ana aku.. Pengajaran woi pengajaran . Nasib baik sempat mintak maaf dekat tuan rumah sebelah tu . Adess , gila kentang punya malu . Sampai nak balik lalu depan rumah tu aku paksa Jad cover aku dgn badan dia . Segan sanat woii . 

Dalam kereta mmg sakan lah Jad nganjing aku tak sudah . Hishhh , apa punya bala lah semalam . Buat malu kompeni jelaa aku ni .


Buat pengajaran . Lepas ni usha-usha dulu sebelum terjah masuk rumah orang . HAHA.



Friday, August 22, 2014

Doploh dua Ogos 2014 , #MalaysiaBerkabung

Hari Jumaat hari ni .. satu Malaysia tahu hari ni hari #MalaysiaBerkabung . Dalam Islam takde berkabung? takpe. Asalkan tak bercanggah dgn hukum syariat Islam. Ini lebih kepada penghormatan atas ketibaan pulang jenazah tragedi MH17 yang terhempas bulan Julai lepas.

Berkabung takde alasan untuk bercuti kerja .

Sampai je kedai , perkara pertama PUNCH CARD! then read meter then hari ni kena kerja lebih masa sikit sebab kedai dah comot. Start dengan mengemop ruang depan , cuci bank kecik , buang sampah.. Siap semua baru breakfast.. Tengok jam dah pukul 9.31am .


Ouhhh ! nasib ingat nak tengok siaran langsung Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 yang bersiaran dkt semua stesen media tv dan radio.. Liputan penuh untuk hari paling sedih buat Malaysia. Terus lincah bukak Tonton tv streaming . 


Sepanjang bersiaran tanpa iklan tu perasaan pilu , hiba , sedih dok terpa-terpa kat tangkai hati aku. Airmata tok sah cakap laa , laju je dia turun.. Sensitive bak hangg. Makin aku kesat makin banyak yang turun.. Ishh! Nasib takde orang nampak tau .

Waris Jenazah MH17 

Allahuakhbar kita yg takde pertalian tengok gambar ni je dah boleh buat airmata aku mengalir airmata , apatah lagi bagi yang ada pertalian dengan jenazah. Moga Allah memberikan ketabahan pada hati mereka untuk menerima dugaan ini dengan redha.

Sahabat handai arwah
Moga jenazah mangsa tragedi MH17 ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman . Moga dicucuri rahmat dan tenang di alam sana.







Monday, August 18, 2014

Boncit Kepoh

Hai.

Hari ni Isnin .. 18/8/2014 adik aku selamat pergi PLKN Kem Pagoh , Muar . Huwaa ~ rindu kau lah dik. Hope so kau boleh jaga diri kat sana.. Jangan nakal-nakal ! Hmm , kau dah lah kenit . Comel pulak tuh .. elak kau kena bully je kat sana.. Hishh. Mintak-mintak dijauhkan lah .


GOOD BYE . Will miss you my Baby (T_T)


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -


Semalam . Sempat ber"whatsapp" dengan si cantik Elyani Ahmad @KakDarra , gegirl abg Eijan aku tuh. Dah lama tak bergossip lah katakan.. Nok tanya khabor pun fikir gossip je akak aku nih.. Ish. Bagi buku lima kang baru tau. Kehkeh. Gossip punya gossip tetiba terselit..............




6 hb aritu ada lah buat majlis makan-makan sikit. Ala-ala buat open house gituuu celebrate Birthday mak aku yang ke 60 tahun.. Nak dipendekkan cerita lah kan.. refer pada gambar tu nampak tak abang aku ni rupanya kepochi gak pasal aku? Tak sangka concern gak dia pasal aku ngan si gemok.. Mihmih. Si gemok datang pun sebab mak aku yg invited dia. Mak aku sekarang ni pun kemain lagi menanya pasal Jad je.. itu lah ini lah.. Memang lah aku relation dengan dia.. Relax ye mak , anak mak ni lama lagi nak kahwin.. nak capai dulu apa yang diimpikan. Bisnes ouhh bisnes.. Tak sabarnya nak jadi businesswoman yang berjaya sebelum umur aku 25. Sempat ke? InsyAllah.




Monday, August 11, 2014

Hari Malang | Bad Day

Korang pernah tak alami situasi satu hari tak mandi ? badan melekit , busuk , berpeluh . Err , mesti belengas ! Huh . Tak payah nak cakap lebih-lebih la kan.. confirm rasa tak selesa langsung nk buat kerja apa pun ! Bila nak berinteraksi dgn orang sekeliling pun rasa mcm kecik besar kecik besaw je . Kalau boleh nk bercakap dgn org tu 50m jauhnya . Yelaa , dapat mulut berbau plus badan berbau lagi . Omaigod .

Upss .

Dah terlebih bebel aku . Mana tak nya , memang tu apa yg aku alami sekarang . Woii , citer sini abis sini jelaa eh . Malu wehh . Rasa mcm nak sembunyikan diri je dari orang tau aku tak mandi pagi . Grr ! Sedih doh .. aku rasa hari ni hari malang aku . Nak tau ?

Hari ni .. Aku lambat pergi kerja .

Punyalah sodap aku membuta sampai tak ingat dunia . Ini kerana , wow . Bahasa Melayu aku baku gitu -.- okay . Stop it. Ni sebab aku period lah , melantak tido sampai terlajak .. selalunya Subuh tu aku dah bangun mandi , solat.. lepas tu buat breakfast sementara tunggu ayah aku balik dari pasar . Dapat pulak hari ni ayah aku tak meniaga..memang melantak tido jelaa . Tengah sedap menikmati tido bersulam mimpi tu terus terjaga aku dari tido dan terfikir .. 

"ada kang aku lambat pegy keje ni , tengok macam dah siang je"

cari handphone tengok jam 8.32 am ! gosh. Lintang pukang aku bersiap . Sarung seluar ngan baju yg aku nampak . Cuci muka . Pakai shawl . Ahh , pin tanggal lah pulak ! S**l . Time rushing ni ada je benda nk jadi .. Damn. Rumah sunyi je..mak aku kat dapur memasak agaknya. Keluar gopoh-gapah , sarung kasut terus pecut pegy kedai. Mandi ? kau abaikan jelaa .




Hari ni.. Aku tak mandi pagi .

Bila kita dah kelam kelibut , memang confirm lah berpeluh kan ? huh. Dah lah tak mandi , berpeluh masam melekit .. kena jalan kaki lagi , kena hadap terik matahari lagi . Haa , redha jelaa kau . Sampai-sampai kedai je punch card then pegy toilet bersama bag Doraemon aku. Jad panggil aku pun buat bodoh je . Shhhh .. kat toilet aku mampu basahkan badan aku je , alaa .. buat ada2 jelaa.. Towel takde! nasib lah. Sapu sikit lotion , letak sikit deoderant celah tiak  , tepek sikit bedak , oles sikit lipstik .. Okay , done! hurmm.. bau masam peluh tu tetap ada . Huargh !!

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Petang . 3.45pm

Kononnya nak balik rumah mandi-manda , berwagian bagai.. Hampeh !

Penat je aku balik jalan kaki dari kedai kerumah .. sampai-sampai je tengok pintu grill berkunci! Damn shit. Selalu takde pulak nak lock bagai , pasaipa hari ni nk kunci nih! Grr.. dah lah kunci aku lupa letak mana . Mak aku ni nak pedajal aku ke hape? Pagi td biar aku tidur sampai lambat pegy keje la ni nak kunci rumah bagai.. Sebelum ni kemain tinggal je rumah tak berkunci.. spoil betul .

Menapak ke kedai dah bertambah peluh kat badan aku nih.. Malang wehh malang .. Dah lah lapar tahap gaban , nak kurus sgt punya pasal . 2 biji kapsul jamu aku telan pagi td.. Ni dah krukk..krukk.. perut aku berkaraoke mintak makan.. Sabar boleh tak? aku tau la lapar.. aku yg rasa sakitnya tau..

Sampai la ni menaip dalam keadaan lapar teruk . Tunggu sat , jap lagi aku mintak air panas kat sebelah beli hot dog kat pasaraya hang melantak puas-puas . Nak sangat diet cara Atkins kan.. Kita tengok berjaya ke tak xD

Nanti aku cerita pasal diet Atkins for next entry k . Baru 2 hari start nih.. Hihihi.



Sunday, August 10, 2014

Dunno what to say

Semalam .

Hari Sabtu . Majlis reception schoolmate aku from standard school sampai lah secondary school. Pernah satu kelas dengan dia kot masa sekolah rendah dulu.. tak ingat bila . Tak rapat mana pun , kenal-kenal macam tuh je. Sekolah menengah kelas sebelah-sebelah je. Dia kelas Sains Tulen , pandai lebih dari aku. Aku? Sains Sukan je. Hiks xD

Pergi majlis dia pukul 1 tengahari . Wuu , theme dia Purple lah.. Nak bagitau sebelum terlupa , dia nikah dah lama ~ baru buat reception semalam . Paling SPECIAL ! She and her husband "bercinta lepas berkahwin" . Terkejut jugak bila dapat tahu dia dah nikah memula.. usha punya usha dorang meet and then nikah..dan bercinta after that.. Sweetnya ~ 

Hope lah korang punya wedding everlasting and till Jannah Firdausi . InsyAllah .


Syafiatul Afifah bt Osman , congratulation babe ! comelnya kau.. macam baby doll . Hiks..


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 

Malam semalam.

Tengah scroll punya scroll news feed Facebook tertiba aku nampak .tiba-tiba lah dol. Tertiba apa? Tertibai kang jadinya.. K. Tetiba aku nampak status sorang mamat ni , boyfriend member sekolah aku jugak. Eh , sekarang official dah jadi Fiancé kawan aku tu.



Nazri w/ Asriyah

Ehh sweet jelaa aku tengok korang ni. Tak banyak kontreversi . Relax tenang je tup-tup dah tunang.. Kang senyap-senyap dah buat majlis . Majlis nanti jangan LUPA jemput mak ye , mak dah jealous sangat nih tengok kawan ramai dah melangkah setapak demi setapak nak bini masjid.. BINA lah ! syaitonirojim lah setan yang kacau aku menaip nih.. madah nak typo je.. Ish.. spoil .

Suka tu suka jugak.. Aku ni selalu naw naw berangan bila lah aku pulak nak naik pelamin dengan Jad. Buuu ~ kerja tak reti nak menyimpan duit mcm mana nak kahwin ye dak?? Haha.. honestly mmg aku BOROS nak buat camne kan ~ Nafsu wehh nafsuuuuuu ! 

Tiap kali berangan tu mesti terlintas dekat fikiran macam mana gaya n ghuper aku bila nikah n reception nanti.. Pakai baju apa , theme apa , kena ke tak aku nanti.. Yelaa , kau tengok lah aku ni macam mana kan.. Dah lah badan kecik macam budak Standard 3 , gemok ? mungkin . Comel terlebih .. Kelakar pulak . Macam budak kecik terpaksa kawin . Jad tu dah lah tinggi bebenaw .. aku ni berdiri celah-celah ketiak je.. Adehh macam adik ngan abang gayanya ~ kah..kah..kah..!

Takpe , nanti wedding aku pakai heel 8 inch ! nasib lah kalau aku terguling ke tergolek ke .. Aku suruh je Jad paut aku kuat-kuat.. Peduli apa aku ! Ngeh..ngeh..ngeh.. Tak sabarnya nak kawin wehhhhh ~


Jad Danial , pls lamar I cepat-cepat.. Nanti takut mak cari orang lain kahwinkan I camne (>.<")




Thursday, August 7, 2014

7 years


Trend 2014 kot gambar raya macam ni. Entah siapa agaknya yang mulakan , boleh pulak kitorang terjebak sekali . Kihkihkih . Dorang ni classmate aku masa Form 3 dulu . Form 3 tahun 2007 , duduk kelas terpinggir dari kelas lain . *Tak bermakna kelas kitorang ni kelas tercorot okay , cuma tu lah.. kelas ketiga tp kena pinggir jauh dari bangunan sekolah. Tsk tsk tsk.. sedih bhaiiiii. Alaa , sedih dia kejap je.. dia punya haruk dia kemain lagi ehh. Untung gila duduk dlm satu kelas yg jauh ni , buat apa pun jauh dari pandangan cikgu.. Tengok jelaa background gambar tu cukup , nampak HORROR kan? Haha. Well , tahun paling terjal aku jd student tahun 2007 ni lah . xD

7 tahun babe. 

Alhamdulilah , kitorang tak pernah lost contact . Cuma jarang gila dapat jumpa . Maklum lah , den ni takde transport , nak kemana pun susah . 7 years after baru lah aku dapat jumpa dengan Azlinda (baju hitam) semula! Dia satu-satunya org yg aku tak pernah meet lepas abis Spm.. Pehh! memendam rindu sampai tak nak lepas bila berpeluk babe! Haha.. gila rindu wehh.. 

7 tahun .

Satu jangka masa yang lama .. macam-macam boleh berlaku dlm jangka masa tu . We all masih SINGLE ~ Upss ! sorang dah jadi bini orang lahh.. terlupa pulak ! Faiza (hairdo) dah selamat jadi wife orang bulan 5 haritu..hikhik. Lepas ni turn sape pulak weh? Aku confirm lama lagi . Before tu ! terlupa pulak nak intro cik mek molek-molek belaka nih.. Excited sgt sampai lupa semua benda..

Memperkenalkan... model-model yang perasan cun , except aku sebab aku comel .. Kahkahkah !

Dari belakang ; Faiza (mama) , Eiyra (buntat)
Depan ; Faten (ibu) , Azlinda (Inda) , Me (kecik)



Ha... nampak ? siap ada gelaran masing-masing lagi. Aku pun dh tak ingat mcm mana boleh dpt gelaran tu , idea siapa pun aku dah tak ingat.. Yelaa , dah 7 tahun punya cerita.. hikhik. Kecik tu opkos lah , sebab aku nih kan kecik molek , comel lotey gituuu.. Aku jealousss sebenarnya ! sebab aku masih gelap , tak dapat nk beats dgn keputihan kulit dorang.. tengok lah muka aku yang gelap gulita tu. ishh ! kena cari cara supaya cerah bak bidadari mcm ni. Mesti! mesti! Hahaha.

Fyi , aku baru balik kerja.. tak sempat nak mandi terus gerak pergi jumpa dorang.. mana tak nampak kusam macam orang sakai! hihi.. busuk masam selamba je peluk-peluk orang wangi kan. Tak malu betei.. Haha!








Saturday, August 2, 2014

1 Syawal menyeramkan ?

Okay kali ni aku nak update entry cerita pasal something yang jadi dekat kampung masa baraya aritu . Wait! baraya ? beraya dol . Okay berhari raya . Dah janji kan , so aku tunaikan sekarang . Sebelum tu nak habaq sekarang ni aku rasa lapar gila , ajet mood puasa lagi ke apa ? lapar gila kata kau . Nak makan tapi tatau nak makan apa . Ye maaf , bukan nak cerita pasal makan .. aku tahu lah .

Berbalik pada tajuk entry.. ouh baru perasan aku tak letak tajuk entry lagi . Jap lagi lahhh.. Wehh! mata tak payah nak melilau tengok tajuk entry , sambung baca citer aku ni je.. Hahaha . Macam mana nak start eh ? adehh.. senang citer macam ni lah , time malam 1 Syawal tu kan aku tido awal kan ? Diberitakan aku telah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
D I   G A N G G U ~ ~ ~ ~ ~


Gambar Hiasan

Macam tak horror je ? ahhh.. peduli apa ! janji aku nak cerita apa yang jadi time tu terlaksana . Okay , alkisah malam tu aku tido lah awal.. sampai tak ingat pulak pukul berapa masa tu around 11pm kot.. aku punya port tido kat hall tingkat atas .. Aku bg korang imagine camne tempat aku tido tu okay ?

Hall tu empat segi sama yang mana setiap keliling tu ada tingkap yang banyak2 tu . Ruang tu ada 6 seat kerusi kayu , ada meja tamu ada lah perabot2 lama yang dh terbiar lama tak terurus aku rasa . Sebab setahun sekali aku balik tetap sama tempat dia . Hihi 

Gambar Hiasan

Lebih kurang macam gambar dekat atas tu , tapi suasana dia feel kampung.. dinding kayu.. pintu kayu , tingkap dia lebih dari 10 daun ! banyak tak ? Sebelum tu , time Maghrib aku mmg ingat aku yang tutup semua tingkap tu..elakkan nyamuk datang sedut darah2 orang kan..Cuma ada satu daun tingkap je tak tutup and satu kerusi menghadap ke tingkap tu sebab adik aku merokok malam tu. Dah tu dia main tinggal macam tu je !

Anak-anak teruna lain semua dekat bawah.. habiskan masa bersama melepak berborak ditemani asap berkepul-kepul.. Ahh , cerita orang lelaki.. Malas aku nak amik port. Ayah aku pun dah tido. Mak aku kat dapur dengan nenek aku . Kak Lin aku lepak dengan anak2 teruna sekalian lah kot. Aku je yang sepi sendirian mencari haluan sendiri . Ahhh , sadisnya .

Time nak tido tu , aku pun mencari lah toto kesayangan aku berwarna pinkish.. Merata aku cari dah jumpa prepare nak tido.. Yang ada kat situ , abg ipar aku Abg Zam yang dah bermimpi sampai ke Venus barangkali dekat atas kerusi . Port aku ? atas lantai yang beralaskan sehelai carpet baldu . Betul-betul bawah kipas angin berkuasa maksimum . Dah feel2 nak tido nih tetiba anak bongsu Kak Ana aku merengek rengek tak nak tido dalam bilik (bilik fav aku tido petang2tak ingat dulukala) punya lah kakak dengan maid aku pujuk dia tido dalam bilik tu dia mati-mati tak nak.. Kau tau dia cakap apa ?


Tak nak tido dalam bilik tu , ada HANTUuuuuuuuuuuuuuu !!


Gulp!
Ada hantu ? aku dah baring buat pekakkan telinga je.. Padahal aku memang tau kat bilik tu memang keras sebab tu aku dah malas nak stay or tido dekat bilik tu lagi . Gila kau , tido sampai tak ingat dunia dekat dalam tu .. memang sedap lah ada yang mendodoi aku kan . Wuuuuu ~ Then terpaksa lah dorang merelakan diri tido bersama aku dekat hall tu . Aku hujung sekali sebelah aku Kak Sumar (maid), Damia and kakak aku. Harap maklum toto hak mutlak aku no sharing2 ye.. Hihi.

Lepas je Damia cakap dia nampak hantu , kau rasa kau boleh tido ke ? Jangan nak tipu lahhhhhh... dalam kepala hotak engkorang mesti tengah fikir macam2 , mata dok terkebil-kebil tak pun buat2 pejam mata ! Kenyataannya aku sendiri macam tu . Haihhh.. apa yang aku kena ganggu tu ? Ingat tak tingkap yang aku kata tak tutup tu ? haaa... betul2 aku baring menghadap arah tingkap tu dalam jarak 50m .. Dalam kepala dah fikir macam2 dah.. tengah syok fikir tu bunyi cicak bersiul berselang dgn bunyi bising dekat atap.. Spoil gila !

Aku abaikan je bunyi tu . Baru je nak lelapkan mata tetiba lampu terpasang dengan sendirinya ! Apekah ?! siapa yang bukak ?! padahal suis semua atas kaki aku je , takkan ada tangan yang boleh nak memetik suis tanpa ada kelibat ? Kak Sumar ada tegur siapa yg bukak , aku buat2 tido dan abaikan . Sedar semula tengok dah gelap gulita . Sedar aku tu pun sebab aku rasa ada orang macam tengah tawaf sekeliling hall tu.. Aku kan tido kat lantai , so derap kaki orang berjalan tu memang rasa lah.. Aku beranikan diri celik mata lepas dah 3minit berlalu.. tapi , aku langsung tak nampak sesiapa pun melainkan tubuh badan kaku yang lena diulit mimpi indah.

Terakhir kalinya , bila aku diganggu lagi .. kali ni agak kasar cara dia mengusik.. Hmm , dah berani nak main sentuh2 aku ye.. Punya lah selamba dia tepuk peha aku.. Siapa yang tepuk ? waallahualam . Time ni jantung jangan cakap lahh macam mana rasanya .. rasa macam nak tercabut sebab bergegar bagaikan drifter nk habiskan lap terakihir . Aku beranikan diri jugak nk bukak mata , tapi dugaan dia mmg kuat bila aku langsung tak dapat nk bukak mata . Macam kena gam dari tengok apa yg jadi! Sedaya upaya aku cuba dpt jugak bukak , rasanya dah subuh kot so aku niatkan tido2 ayam je.. aku tengok toto aku dah berkongsi sampai 3 org.. Lantak lah.. kipas pun dah berhenti berpusing tingkap semua dah tertutup siap tarik langsir lagi..

Hujun pun turun dengan lebatnya..sampai tertido balik aku! sedar-sedar je tinggal aku sorang diri kat situ . Hampeh ! bangun bukan reti nak kejut aku sekali.. Stay dalam 10min mengulit detik akhir nikmat angin pagi tu baru aku bangkit g bersihkan diri. Dekat bawah dah riuh rendah dah dgn budak2 kecik.

Sampai dapur je mula lah kecoh pasal cerita masing-masing kena ganggu . Lahhhh.. aku ingatkan aku sorang je yang kena ! rupanya ramai jugak yang ada cerita di ganggu masing-masing . So , no wonder lah lepas ni kalau balik raya tahun depan tido ramai2.. kihkihkih .

Sekian .



Aidilfitri 2014

Diam tak diam sekejap je sebulan puasa kan ? Raya pun dah seminggu ni .. haa , nampak tak dia punya lemau nak update entry tu macam mana ghupenyer ? haishh.. kalau dah bulan puasa pun takde cerita ni kan lagi raya . Raya pun tahun ni macam takde feel raya . Yelaa , umur pun dah semakin meningkat . Mana nak feel raya dulu-dulu masa time masih kecik.. duit raya sekarang pun dah makin kecik je rasanya . HAHAHA!

Wehh , umur macam aku ni pun still dapat duit raya tau ! haa.. ingat apa ? well..tu lah function dia berbadan kecik molek macam aku nih.. laju je orang hulur aku duit raya tau . Kihkihkih . Tahun ni punya raya macam tahun lepas , balik kampung belah mak aku dekat Muar .. memang dari aku kecik dah beraya kat sana je. Al maklum lah , orang tua belah ayah aku dah lama meninggal.. dapat merasa beraya keluarga belah mak aku pun dah cukup meriah.. Bertolak balik kampung time 1 Syawal , so jalan tak berapa nak sesak sangat.. 3 jam perjalanan finally sampai lah ke teratak nenda yang dirindui..

Woiii...banyaknye kereta kat halaman rumah!! masuk dalam lagi berpinar-pinar je mata tengok ramai sangat orang yang bertandang.. Panas terik pulak tu! Nak habaq , time tu boleh pulak celah peha melecet . Sedih siot! Itu lahh padah orang gemok yang malas exercise tu makan dia . Okay , orang yang ramai dalam rumah tu aku men terjah salam je padahal tak kenal puns . Errr , sorry lah .. sedara jauh kot tak pernah nak kenal . Kihkihkih .

Tema baju tahun ni colour PURPLE . Memang musim beraya kaler baju kena sama ke ? mana tak , aku tengok cousin aku pun colour purple.. member2 aku pun colour sama.. Kak Lin aku sekeluarga pun tema purple! Aisehmannnnnnnn... dah macam Boria Pulau Pinang pulak dah. Never mind lah . 

Rutin aku tiap tahun (rasanya) , lepas melantak je borak2 ngan sedara sepupu sepapat yang ada blah naik tingkat atas .. (tingkat atas ni mmg port baik nk melepak , coverage pun okay . Org tua mmg malas nk mendaki tangga tu sebab takde sape nak kacau) hikhikhik. Tengok anak2 teruna mak ngah aku dgn anak teruna mak aku dah amik port masing2 , aku pun apa lagi . Landing timeeeeeeeeee !

Sampai ke petang , dok stay kat atas je . Ada lah sekali sekala mak n ayah aku stay kat atas berborak pasal kisah hidup dorang dulu-dulu.. Sedih bak hangggg ! Jalan-jalan keliling rumah makan manggis n rambutan..pehhh heaven rasanya main petik2 then masuk mulut . Heee ~ Nak dekat Maghrib , datang idea gila rajin aku dgn Kak Lin mengemas anjung depan.. Aku ? tukang timba angkat air je.. senaman petang katanyaa . Dah siap , mandi ! Busuk masam woii dari siang ke petang pakai baju kurung tak bertukar.. hiks :p

Baru aku perasan.. selalu balik je kampung petang2 aku tido disebabkan dalam kereta aku dah melantak tido jadi malam aku tido awal.. Ehh? awalnya aku tido.. ahh.. lantak lah ! takde apa nak buat . Bosan kot , handphone pun rosak.. line takde . Tido jelaa.. Nak bagitau ni , masa kat kampung raya aritu kan... time tido kannn.. ada something happened ! Nak tau apa , tunggu entry lepas ni .

Tengah hari esoknya , lepas masak2 gerak balik Jb.. sempat singgah rumah Tok Man aku yang besar gedabak nun.. singgah rumah pakcik aku , makan2 lagi.. omai.. sehari raya dah mcm2 makannya.. Teruk benow.. Pulang lah kita ke pangkal jalan ye...


Belanja gambar raya sikit :*


Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir Batin