Monday, September 1, 2014

Merdeka 57 story

Masih belum terlambat nak wish Happy Birthday dekat Malaysia . Happy National Day Malaysia !

Saya... Anak MALAYSIA ~
Saya... Anak MALAYSIA ~
I LOVE YOU , MALAYSIA .



Tahun pertama sambut Merdeka pegy jalan-jalan.. Dulukala dok kerja , kerja n kerja.. Yelaa , gaji double kata kaw public holiday. Tapi , tahun ni aku keluar jenjalan. Pegy teman future Mama in law bershopping . Capekk deh ! gatal sangat nak pakai Wedges 13cm , hambik habuan dia. Lenguh woii jalan sana jalan sini..Tak memasal aku jadi Counselor shopping tak bertauliah . Kekeke . Takpe lah , untuk mama Jad kan.. Dah disuruh , buat jelaa.

Nak pegy JPO yang jauh nun dekat hutan sana. Aku ni dah tak ingat jalan , guna GPS sampai 3 pun sesat-sesat bagai.. Adoi , membazir masa. Dah la rushing kejar masa.. petang dah nak hantar Jad g bus stand Larkin.. rasa mcm dh tak seronok.. Penat tau terkejar-kejar ni.. Tak happening jadinya.

Pulak hujan lebat.. Duduk dalam suhu aircond yang melampau , aku yang tak tidur gara-gara overnight malamnya rasa kuyu je mata. Kesian betul hidup..duk rumah sensorang madah kena kacau je , bagi la chance aku nak tido. Nak kacau aku lain hari lah.. kekeke . Mesti pelik kan? aku dok sorang , siapa yang kacau? Haa.. makhluk yg tak dapat dikesan dlm rumah tu lah kacau aku!

Okay back pada cerita shopping , pegy JPO berempat. Mama Aishah , Jad aku dengan Kak Mas . Kak Mas kawan baik Mama Aishah. Aku ni dikirakan orang tengah yang penting antara 3 orang tu. Yelaa , aku ni girlfriend Jad yang kena layan dia , layan Mama dia n layan Kak Mas sekali. Nak jadi ceritanya , aku kenal Kak Mas dulu baru kenal Mama dia. So lincah berborak dengan Kak Mas je.. Bab shopping aku sepenuhnya dengan Mama Jad. Jad? alaa.. bila-bila boleh layan dia. Hahaha

From aku pun observation seharian ikut Mama Jad shopping boleh dikatakan Mama Jad mementingkan brand. Wow! kalau aku tau. Aku ni kalau ada duit boleh je beli itu ini , memandangkan gaji aku yang tak seberapa dan terpaksa spent ke banyak benda mmg terpaksa lupakan jelaa nak bershopping sakan tu.

Almost 1k Mama Jad shopping kat JPO semalam. Untung nya Jad mama dia belanja (T___T) kenapa lah gaji aku lambat sangat !!! Ahh , rugi betul rasanya. On sale gila-gila kot. Takpe lah , takde rezeki aku.. Aku kan counselor part time mama Jad. Haa , masa nih lah aku dok keluar fakta-fakta bernas aku tentang cara pemilihan beli bag. Padahal aku takde lah terror mana.. Yelaa , taste aku asal boleh je . Asalkan bag aku guna tu selesa dipakai. Jad ni kepochi.. ada dia kata aku pandai bab-bab pilih bag. Tu yang mama dia heret aku dekat semua butik suruh pilihkan bag! Ada satu bag Coach tu harga dia after less 1060MYR , mama dia berkenan sampai dok fikir nak beli ke tak. Ya Allah , sayangnya duit aku (>.<") tak beli pun takpe lah.. Lastly , bag dekat butik Fossil jadi pilahan.. tu pun harga cecah 400MYR after less. Beli 2 barang dapat lagi discount 20% , tahu mama dia amik lagi satu barang apa?

DKNY ceramic watches dengan harga after less about 600MYR.Ohh..my gosh! Pada orang yg berduit setakat 600 tu macam habuk je.. pada aku yang tak mampu ni , baik lah aku simpan duit tu. Yelaa , setakat tengok nombor je kot.. Takpe lah , future mama aku banyak duit. Dia nak bergaya , aku lagi suka. Hehehe.

FOSSIL bag. Pleasing semata-mata!

Menyempat kau berselfie.. guna bag hak mutlak butik pulak tu. Tengok harga dia , kus semangat! hanya mampu pleasing jelaa. HAHA. Idea gila si Jad la ni , ada ke patut bag aku dia sangkut kat display yang bag display dia suh aku pegang. Yelaa , aku minat bag tu.. hujung-hujung pleasing jelaa mampu. Kekeke.

Okay , masa pun dah suntuk.. aku tahu mama Jad tak puas shopping..disebabkan kena hantar Jad kat terminal so gerak balik. Singgah makan , isi perut yang sekian lama tak terisi ni sekejap then baru pegy terminal bas Larkin. Step sibling dia pun dh tunggu sana. 

5.30pm time to let him go. Good bye sayang , have a safe journey. I will miss you for awhile .

Pulang lah kita ke Pasir Gudang. Kak Mas ni pandai tau , hari ni dia bg chance aku layan mama Jad kaw-kaw. Buat hal dia sendiri je..terpaksa la aku duduk seat depan. Huh.. nasib laa.Dalam kereta tu cuma dengar suara aku dengan mama Jad je rancak berborak. Kak Mas? jadi patung cendana jelaa. 

I will sayang. InsyAllah.

Setengah jam perjalanan..sampai lah aku dekat depan rumah tepat pukul 6 ptg. Sempat jumpakan Mama Jad dengan Mak aku. Malu-malu miaw mak aku tutup mulut , hilang sebatang gigi lah katanya . Kekeke.

Okay , siap-siap mandi .. solat.. Bummm! tido lah sekejap sebelum Maghrib menjelma..mimpikan yang indah-indah saja ~ haha.

Okay bye.









No comments:

Post a Comment