Thursday, April 7, 2011

thanks for being my Friends.. :-*

Hidup sendirian ? Takde "kengkawan" ? uhh.. tak sanggup tanpa kawan nih..sepilah hidup nie kan... mesti jadi tak fun langsung ! Sahabat bukan hanya seseorang yang boleh di ajak berkongsi segala-galanya.. Tak kira lah di waktu susah atau pun senang,tetapi lebih pada tu.Tapi dah jadi lumrah dalam persahabatan ,ada time suka dan duka. Part yang paling tak syok... tentu lah bila timbul sesuatu perkara yang menyakitkan hati ! Masa tu,mmg panas jer hati kita ni kan..

Pasang surutnya persahabatan tu lah sebenarnya cabaran yang paling kuat utk menentukan siapa yang paling layak di panggil "sahabat sejati". Kalau kita atau sahabat sejati kita tu tergolong  dalam kategori sahabat sejati,dah tentulah kita dan juga dirinya mampumengatasi segala rintangan dan dugaan yang melanda.Bahkan, hubungan persahabatan yang setia terjalin tu pun mampu kekal dan bertahan buat selama-lamanya.Persefahaman,tangisan,kegembiraan dan juga kemaafan.

Tapi sahabat juga bukan setakat menjadi "madu" malah boleh juga menjadi racun perosak yang mampu membinasakan hidup kita.Ramai yang telah terdorong ke lembah kehancuran hanya kerana tersilap memilih kawan. so,you all kenelah lebih bjak dalam memilih "kengkawan" ni eyh ! Kalau nak selamat pilih yang betul-betul layak je taw..

Okaylah,,nanti kita jumpa lagi dengan story-mory yang lagi best... heheehhehe =)

No comments:

Post a Comment