Tuesday, October 14, 2014

Annabelle | Benieplax | R&F Tg. Puteri

Rasa macam dah lama tak keluar tengok movie. Padahal.. Tiap-tiap bulan keluar tengok movie! Choi.. Mana tak , bulan lepas aku straight kerja takde cuti. Ehh.. yeke? Yelaa.. mmg takde cuti.. Tapi gaji kena tolak jugak RM70 sebab aku buat hal datang lambat. Lanjio betul boss aku tuh. Nasib laa aku ni nak kerja lagi kat tempat dia.. Kalau tak jangan harap laa aku nak hadap kerenah dia lagi.

Okay. Stop cita pasal boss dan kerja. Isnin , hari orang bekerja aku cuti. Orang cuti aku kerja. Haa , seronok. Sebab apa? sebab rasa syiok bila pergi mana-mana takde crowded dgn ramai orang. Ye dak? Start journey. Cehh, journey. Okay start perjalanan semalam aku lepak kat kedai tunggu Jad bangun tido n siap-siap ala princess. Zzzz.. mengalahkan aku tau yg perempuan ni. Kat kedai menyempat lagi aku mengemop lantai tau! Nama je cuti , tapi kerja bersih² aku yg kena buat..yelaa , budak partime aku tu kan lelaki mana lah dia tau nak buat semua kerja tu. Dah siap mop aku bersantai online fb kejap. Jad tak dtg lagi. Lembab nye mamat ni. Dia dtg je , terus pergi breakfast. After breakfast , lepak kedai lagi. Sementara nk tunggu perut selesa dulu. Masing-masing perut tengah memulas. Hampeh!

11 lebih baru gerak.. ingat nak singgah TM kejap bayar bil utiliti . Sekali tengok ada kereta bapak aku park kat situ..tak jadi nak bayar. Terpaksa tukar arah ke Petron Station bayar kat sana. Dah alang-alang sampai sini , jumpa la bestie aku Yan.. nasib lah dia kerja pagi.. Dapat la jumpa. Borak2 dah settle bayar bil bermula lah perjalanan aku menemui anak patung Annabelle menaiki JNK merah beroda dua.. Kehkehkeh. Showtime paling awal 12.30 masuk kitorang gerak tepat pukul 12 , kau tau Jad punya pecut dari Pg ke Tebrau yang dlm 30km tu dalam masa 20min je! bape per/km dia pecut aku pun tatau.. Haha.. Gila ini semua.

Ngam-ngam sampai depan kaunter tiket 12.30pm. Aku cakap nak tengok citer Annabelle.. Berlaku perbualan pendek antara aku ngan orang kaunter tu ;

Aku : Annabelle.
OK : Annabelle 1.15 tghari
Aku : Tu Benieplax ada (tak tau Benieplax tu apa)
OK : Ada , tapi mahal sikit lahh (muka kerek kot aku kata mahal kot)
Aku : Takpe lah . 2 seat.
OK : Annabelle , 12.30 , Benieplax. RM46


What?!! 46 hengget 2 ticket? gila mahal.. Takpe lah , nak sangat kan. Konon berlagak ada duit sangat tadi kan . Kita tengok room dia mcm mana. Heh.


Seriously?! Okay , mmg tak rugi bayar mahal sebab dia twin seat/couple seat. Berdua ngan Jad je kan. Seat dia mmg comfy sebab ada bean bag. Serious rasa boleh tidur dekat situ sekali.. Kalau lah aku tau dah lama aku masuk Benieplax ni. Kehkehkeh. Tengok movie hari isnin , so dalam room ni mmg tak ramai pun. Aku berdua , lepas tu ada satu lagi couple. Haha. 4 orang je? mmg sungguh selesa . Sayang dia rasa mcm kejap sangat , yelaa. Citer Annabelle tu sejam sengah je.. tak puas pulak rasa. Cehh!

Dah puas tengok movie , kita round kat mall..cari barang sikit utk present Yan n ex Syuk.. Baik tak aku? kalau boleh dengan semua orang aku nak bagi present. Wakaka. Dah dapat apa yg nak dibeli.. go thru the isi perut makang-makang .. sempat lalu R&F tengok mana main entrance dia, Jakun , tak pernah pergi (>.<) dah tau mana baru isi perut dulu.

Pehhh... sedih je bila tengah syiok isi perut angin kencang lalu menandakan hari nak hujan. Tengok cuaca jgn ckp laa , macam hujan lebat je. Hmm , lepas makan lincah ke sana kot sempat sebelum hujan turun.. baru jalan nk panaskan badan hujan dah turun dengan lebatnya.. Ohh, sungguh sadis!

Lama jugak nak tunggu hujan reda.. Sejam lebih ada lah. Duduk berteduh bawah khemah pun habis kena tempias air laut selat Tebrau nun. Memang dekat.. Dah terperangkap. Tagak jelaa.Dah reda baru turun ke tempat reakreasi. Oh man , gambar semua dekat Hp Jad belum sempat nak Bluetooth. Later I will update it okay? Now , kakak belanja adik-adik tengok gambar contoh je.. Ngeh ngeh



Disebabkan hujan yang lebat tuh tak dapat lah kamek nk bersantai dekat situ.. Sebab segalanya basah.. Sedih.. takde rezeki kamek nk selfie mcm ore lain..

Kakak belanja satu gambar yang ala-ala gedik malu kucen okay? satu je. Heh.


Okay gedik? kakak tau. Kakak gemok pendek. Ngeh ngeh.. Tenkiu abe Jad snap pic ni.. I love it. Esok kakak update gambar gedik kami berdua. Maybe. Kakak gerak dulu ye. Bye ~





No comments:

Post a Comment